Explorace Bahasa

INNOVATE@iLEC
Poster inovasi / perekaan / penyelidikan
9-10 October Sama-sama Hotel, Sepang, Malaysia

Anjuran:
Faculty of Major Language Studies, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Fakultas Pendidikan Bahasa, Universitas Muhammadiyyah Yogjayarta (UMY)
WorldConferences.net


---------------------------------------------------


Poster's Title: "EXPLORACE" BAHASA
Reference No.: ILEC.USIM/04/018

Authors:
1. Muhd Zulkifli bin Ismail (Ph.D)
2. Siti Madihah binti Zaha

Click here for actual size (3.5MB)
Click here for pdf format (26MB)
Pingat Perak




Abstrak

Permerolehan bahasa baharu bukan bahasa ibunda memerlukan pelbagai pendekatan formal dan tidak formal untuk memastikan ia diperoleh semaksimum yang mungkin. Sejajar dengan Revolusi Pendidikan IR4, satu inisiatif kaedah pembelajaran tidak formal yang dinamakan “Explorace” Bahasa telah dirangka dengan mengambil kira aktiviti pergerakan yang aktif yang disepadukan dengan aktiviti pemerolehan bahasa dengan tujuan untuk melihat keberkesanannya dalam menarik minat pelajar meningkatkan penguasaan bahasa dalam bentuk yang lebih dinamik dan berunsur diversiti.  


Isu dan Cadangan 

Penguasaan kemahiran berbahasa untuk pembelajaran bahasa kedua menghadapi kesukaran untuk mencapai matlamat yang digariskan kerana beberapa sebab, antaranya ketiadaan suasana yang produktif yang menyokong pembelajaran dan kurangnya aktiviti pembelajaran yang bersifat kreatif dan mampu menarik minat pembelajaran bahasa. Justeru, pendekatan pembelajaran yang berorientasikan explorace ini diperkenalkan dengan beberapa ciri inovasi, novelti dan keunikan yang tersendiri.


Objektif
  • Menghasilkan model novelti dalam satu struktur gamifikasi yang mesra bahasa dan bersifat alami dengan kadar fleksibiliti yang tinggi.
  • Menggalakkan proses pembelajaran bahasa kedua dengan kaedah yang lebih merangsangkan aspek kognitif, afektif, psikomotor dan pemupukan nilai.

Pelaksanaan

Inisiatif ini berbentuk satu adaptasi kepada aktiviti explorace dengan penambahan unsur keaslian inovasi tersendiri yang dicetuskan oleh penyelidik. Pendekatan ini telah diuji dalam aktiviti permerolehan kemahiran berbahasa Arab secara tidak formal dalam kalangan pelajar program Bachelor Bahasa Arab di Jabatan Basaha Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia sepanjang tahun 2012-2019. Pendekatan kajian tindakan telah digunakan untuk membolehkan penyelidik mengenal pasti ruang penambahbaikan yang boleh diambil, termasuk penggunaan teknologi digital.


Novelti dalam Kerangka Konsep Pelaksanaan














Dapatan dan Impak

Kerangka pelaksanaan Explorace Bahasa ini telah diguna pakai dalam aktiviti pembelajaran arab pada acara tahunan program minggu bahasa Arab di Fakulti Bahasa Moden dan Komunkasi (kini dikenali dengan nama Mahrajan Arabi) seawal tahun 2012 lagi. Hasil tinjauan menunjukkan minat dan motivasi pelajar terhadap penggunaan Bahasa Arab semakin meningkat di samping mereka memperolehi pertambahan dalam penguasaan Bahasa itu sendiri. Justeru explorace bahasa merupakan satu pendekatan yang boleh diambil kira dalam mempelbagaikan kaedah pemerolehan sesuatu bahasa.

Dapatan soal selidik maklum balas peserta Explorace Bahasa Arab 2013-2019:




Sebahagian maklum balas bertulis dari peserta:

  • Teruskan lagi dgn aktivtiti cam gini..tetiba rindu bumi UPM
  • Perlu perbanyakkan aktiviti menarik yang melibatkan komunikasi Bahasa Arab bagi menambah kosakata, minat Dan membina keyakinan pelajar
  • Perbanyakkan aktiviti dalam explorace kerana ianya sangat membantu dalam penguasaa bahasa arab saya
  • Aktiviti yang sangat bagus dan menyeronokkan. Pelajar bekerjasama untuk selesaikan masalah dan teka-teki. Setiap kumpulan ada ahli drpd semestar berbeza, jadi mereka boleh belajar drpd satu sama lain perkara yg mungkin dia tidak tahu. Boleh release tension juga!
  • Pada pandangan saya aktiviti explorace merupakan salah satu cara yang baik serta menarik untk mempelajari bahasa Arab, di smping seronok ia boleh mngeratkan hubungan antara senior dan junior. Namun segalanya terletak kepada individu untuk terus berusaha menguasai bahasa Arab, tanpa kenal erti malu dan putus asa.
  • Teruskan program seperti ini lagi kerana ia dapat memantapkan kemahiran berbahasa dan menambahkan lebih banyak kosa kata Arab lagi.
  • Explorace Bahasa Arab ialah aktiviti diluar kelas. Maka aktiviti ini wajib diteruskan bagi menggalakkan pelajar minat dengan bahasa arab. Aktiviti mestilah santai dan ceria seiring dengan generasi millenium yang minat dengan dunia siber

Kerangka pelaksanaan ini juga telah diguna pakai dalam program pembelajaran bahasa asing yang melibatkan pelbagai bahasa dan telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan bahasa Jepun, Perancis, Mandarin dan Arab pada tahun 2018.

Teori Explorace Bahasa ini juga telah merangsangkan penyelidikan yang berasaskan geran dan yang melibatkan pelajar pasca siswazah.